Home Muktamar62 Artikel Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke 56

Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke 56

169
SHARE

 UCAPTAMA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
KALI KE-56

“Muslimat Memacu Kemenangan”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين وبه نستعين في أمور الدنيا والآخرة والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه ومن تبعه باحسان الى يوم الدين.

 

بسم الله الرحمن الرحيم

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. “  (Surah An-Nur ayat 55)

Yang dikasihi Saudari Pengacara Majlis.

Yang diraikan Naib Presiden PAS,Yang Berhormat Ustaz Dato’ Hj Mohd Amar Bin Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan Darul Naim, selaku Perasmi Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Kali Ke-56, beserta isteri Datin Hasmani Husin.

Yang dihormati ahli Majlis Syura Ulama PAS, Yang Berbahagia Ustaz Hashim Jasin dan isteri.

Yang dihormati para Pemerhati Khas dan Tetamu Jemputan daripada AJK PAS Pusat.

Yang dikasihi Mantan Ketua-ketua DMPP.

Yang berusaha lagi dikasihi, Timbalan Ketua DMPP Dr. Rosni Adam.

Yang berusaha lagi dikasihi, Naib Ketua DMPP Puan Salamiah Mohd Nor, beserta saf kempimpinan AJK DMPP yang dikasihi sekelian.

Yang dikasihi Ketua-ketua DMP Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan.

Ketua-ketua DMP Kawasan-kawasan beserta para perwakilannya.

Yang dihormati Ketua Wanita dan Pimpinan Wanita DHPP.

Yang diraikan rakan-rakan Pimpinan PKR, rakan-rakan NGO, rakan-rakan media.

Yang dikasihi seluruh isteri-isteri pimpinan PAS di semua peringkat.

Para pemerhati, muslimin dan muslimat serta anak-anak yang dikasihi sekelian.

Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum diatas kehadiran semua, selamat bermuktamar kepada para muktamirat, selamat bertugas kepada Pengarah dan AJK pelaksana muktamar ini di semua peringkat.

Terima kasih jua yang dapat diberi kepada Allah SWT harapan menggunung tinggi agar muktamar terlaksana dengan harmoni dan kita semua dirahmati Ilahi.

Amin.

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian

1.      Amanah Pilihanraya.

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi, negara kita telah selesai menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak. Walaupun Parti Islam Se Malaysia PAS tidak memenangi satu pun kerusi yang ditandingi, namun kita sangat bersyukur setelah 20 tahun PAS berada di Bumi Kenyalang akhirnya PAS dapat menghantar calon di 11 kerusi DUN. Kesemua mereka daripada kalangan anak-anak tempatan yang hebat dan professional, termasuk seorang calon muslimat.

Kini ramai kepimpinan PAS Sarawak terdiri daripada anak-anak tempatan yang lahir hasil daripada tarbiyah PAS. Berbeza sebelum ini, kepimpinan PAS Sarawak sebahagian besar datang dari Semenanjung. Semoga benih suci dakwah Islamiyah akan terus subur di bumi bertuah tersebut.

Kepada semua  pihak yang telah menyumbangkan tenaga, fikiran, harta benda dan sebagainya untuk kejayaan PAS dalam misi mengembangkan dakwah Islam di Bumi Kenyalang tersebut, kita mengucapkan berbanyak terima kasih, semoga Allah SWT  memberi  sebaik ganjaran dunia dan akhirat.

Seterusnya kita akan menghadapi pula Pilihanraya Kecil (PRK) di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak selepas berakhirnya muktamar kita ini. InsyaAllah PAS akan bertanding di kedua kerusi Parlimen tersebut. Oleh itu   jentera PAS semua peringkat hendaklah digembleng dengan sebaiknya. 

 

>>> Klik teks penuh Ucaptama Ketua DMPM