Home Muktamar62 Artikel Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke 57

Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke 57

161
SHARE

 

UCAPTAMA KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 

MUKTAMAR TAHUNAN DPPM KALI KE-57 1437H / 2016M
“BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT

1. MUQADDIMAH

1.1. Tahmid & Aluan

Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Tetap;
Yang Dihormati Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS selaku Perasmi Muktamar DPPM Kali Ke-57;
Yang Dihormati Seluruh Ahli Majlis Syura Ulama dan Pimpinan PAS Pusat;
Yang Dikasihi Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda;
Yang Berusaha Setiausaha DPPM dan Pengarah Panitia Muktamar DPPM;
Ahli – Ahli Jawatankuasa Harian DPPM;
Ahli – Ahli Jawatankuasa Kerja dan Pengarah Jabatan DPPM;
Ketua – Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Kawasan dan Ahli Jawatankuasa;
Pimpinan dan rakan – rakan DHPP;
Pimpinan dan rakan – rakan AMK, IKATAN, NGO-NGO;
Para Tetamu dan Dif Kehormat;
Sidang Perwakilan dan Pemerhati yang dikasihi sekalian.

Saya ucapkan Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Tahunan DPPM yang kembali bertandang ke Negeri Kelantan Darul Naim pada tahun 2016 ini.

Muktamar kita kali ini berlangsung dalam suasana yang sangat mencabar. Di kala baru sahaja mahu mengeringkan keringat menabur bakti di bumi Kenyalang yang bertuah, seluruh kudrat kita terus dikerah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS di P067 Kuala Kangsar dan P093 Sungai Besar, yang pastinya menuntut kepada kesabaran dan ketabahan dalam melaksanakan tugasan dakwah dan siyasah, di samping merebut fadhilat dan kelebihan ibadah di bulan Ramadhan al – Mubarak.

Seterusnya, saya mewakili seluruh ahli dan kepimpinan Pemuda PAS, merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, atas kejayaan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016, sekaligus membuka lembaran baru perjuangan PAS mendaulatkan Syariat Islam di bumi Malaysia yang bertuah.

Marilah kita dengan penuh yakin memohon ke hadrat Allah SWT supaya dikurniakan kekuatan dan keberkatan, serta kebaikan dan pahala yang berlipat ganda, di atas keyakinan dan iltizam kita terhadap dasar dan matlamat perjuangan yang mulia ini.

1.2. MENGANGKAT TEMA MUKTAMAR
1.2.1. Bagi mengingatkan semua di kalangan Pemuda PAS, maka kita bermuktamar pada hari ini demi menyahut seruan Allah SWT:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orangorang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran: 103)

1.2.2. Tema “BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT” diangkat dalam Muktamar Tahunan DPPM Kali Ke-57 ini bagi menegaskan betapa pentingnya Pemuda PAS terus mara melebarkan agenda #MuafakatRakyat dan meneraju agenda #PolitikSolusi berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, setelah berjaya melepasi fasa #PengukuhanDalaman.

1.2.3. Di samping itu, pemilihan logo Muktamar DPPM yang berbentuk ‘Rebana’ adalah simbolik kepada kesepakatan paluan bagi menyemarakkan semangat juang yang tinggi, agar setiap Pemuda PAS seiring-selangkah bersama rakyat untuk terus mara menuju ke gerbang jasa dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Bulat air kerana pembetung;
Bulat manusia kerana muafakat

>>> Klik Teks Penuh Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke 57