Home Muktamar62 Artikel Ulama Dan PAS Tidak Dapat Dipisahkan

Ulama Dan PAS Tidak Dapat Dipisahkan

100
SHARE

 

TOK BALI, 1 Jun: “PAS dan Ulamak sememangnya tidak dapat dipisahkan,’ ujar Ustaz Idris Ahmad semasa perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat semalam.

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang sudah memasuki kali ke 55 ini bermula dengan penuh izzah dengan kehadiran para perwakilan dari seluruh negeri.

Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS yang tampil sebagai perasmi DUPP semalam menegaskan bahawa ulamak sangat berperanan dalam kelangsungan Jemaah.

“ Kita (para ulama) menjadi mata rantai perjuangan PAS. Apabila ada isu, Dewan Ulama keluarkan kertas untuk dibincang, yang kemudiannya diambil keputusan oleh PAS Pusat,

“Garis panduan telah dibuat oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah,

“Kita masuk dalam kerajaan dengan gagasan yang kita nak bawa. Ulama hadamkan perkara itu menurut syarak ketika itu. Inilah dewan yang saudara-saudara berada sekarang,

“Contoh pada tahun 1971, cadangan untuk dibuat kerajaan campuran. Kerajaan campuran yang nisbahnya mewakili 1 dari PAS dan 3 dari Perikatan (Umno, MCA, MIC),” ucap beliau.

Tambahan dari itu, beliau juga berkongsi susur galur PAS yang asalnya dinamakan Persatuan Ulama Se Tanah Melayu dan kemudiannya ditukar kepada Persatuan Islam Se Tanah Melayu. Dewan Ulama telah ada sebelum wujudnya Majlis Syura Ulama. Ia adalah dewan kanan dalam pentadbiran PAS.

Menzahirkan tanda syukur berada dalam perjuangan, beliau menyeru kepada semua para muktamirin terus istiqamah. “Kita beruntung kerana PAS disokong oleh para ulama. Tahun 1959, apabila PAS menang di Kelantan, sekitar 95 % ulama di Kelantan menjadi calon dan wakil rakyat,” tambah beliau.

Dalam ucapan yang sama, beliau memberitahu imej PAS sangat sinonim dengan ilmu agama. “Orang yang mengaji agama kebanyakannya sokong PAS walaupun ibu bapa mereka Umno. Kalau mengaji agama, ikut Umno, itu tak betul. Mengaji agama sinonim dengan PAS,” ujarnya lagi.