Home Muktamar62 Artikel Ulama Mesti Pimpin Kebangkitan Rakyat

Ulama Mesti Pimpin Kebangkitan Rakyat

95
SHARE

 

TOK BALI, 1 Jun – “Rakyat bangkit tetapi mesti dipimpin oleh ulama, bukannya juhala”

Demikian tegas YB Ustaz Nasarudin Hasan, Pengarah Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat di hadapan para perwakilan yang memenuhi dewan sejak dari pagi lagi

Menurut beliau lagi budaya politik matang dan sejahtera telah dipelopori oleh Nabi dan ianya diwarisi oleh para ulama.

“Kita diajar politik secara Islam, kempen dengan adab Islam kerana ianya adalah akhlak pejuang” ujar beliau lagi.

“Kita tak perlu maki hamun tapi kita mestilah menerangkan tentang matlamat, halatuju, apa yang kita mahu laksanakan melalui wadah perjuangan ini” tegas beliau lagi.

Beliau menambah lagi , seorang ulamak hrndaklah ada akhlak dengan Allah, manusia termasuk musuh.

“Kita praktiskan adab dan akhlak termasuk ketika hari penamaan calon dan berkempen” ujar beliau lagi.

Beliau seterusnya menyarankan agar kuliah yang disampai dapat menepati dengan olahan semasa.