Home Muktamar PAS Ke 64 Ulamak Ingatkan Ahli PAS Agar Rasa Bersalah Kalau Gagal Hadam Silibus Usrah...

Ulamak Ingatkan Ahli PAS Agar Rasa Bersalah Kalau Gagal Hadam Silibus Usrah dan Tarbiah

267
SHARE

Oleh: Ustaz Nik Nasri

KUALA TERENGGANU, 16 Sept 18– Tugas ulamak ialah mentarbiah ahli, rakyat dan masyarakat dengan Islam dan kefahaman yang sebenar; juga mengekang dari fahaman asing.

Demikian diingatkan oleh wakil Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zulkarnain Hassan dalam perbahasan ucapan dasar Presiden PAS pagi ini sambal menekankan ulamak adalah pewaris Nabi Muhammad SAW yang mewariskan ilmu.

Beliau juga menyebut bahawa ahli mesti ditarbiah dengan tarbiah Islam.

“Tarbiah mesti diberi perhatian. Dewan Ulamak PAS Pusat ucap tahniah kepada Lajnah Tarbiah PAS Pusat yang telah menerbitkan beberapa buah buku berkait tarbiah.

“Wakil Dewan Ulamak menganjurkan supaya ahli dapat hadam manhaj (sukatan) silibus melalui program usrah dan lain-lain.

“Tanamkan dalam diri rasa berdosa dan bersalah apabila tidak mengikuti program tarbiah,” tegas beliau.

Beliau juga memuji Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kerana mengikuti pengajian yang disediakan oleh ILHAM.