Home Muktamar62 Artikel Ulamak Memimpin Gerakan Politik Matang dan Sejahtera

Ulamak Memimpin Gerakan Politik Matang dan Sejahtera

72
SHARE

PASIR PUTIH, 31 Mei : Para Ulamak yang hadir dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 55 ini, telah pun diingatkan menerusi ucapatama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed agar sentiasalah berpolitik dengan membudayakan Politik Matang dan Sejahtera, bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya ketidak adilan, penindasan dan kezaliman, mengelekkan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat, mengelakkan ketidak stabilan politik, sosial dan ekonomi negara, mengelakkan perselisihan dalam kalangan rakyat dan anarki, mengelakkan campur tangan pihak luar dan juga menggalakkan budaya politik berasaskan ilmu, fakta dan kebenaran.

Dengan hasrat bagi membangunkan negara berkebajikan dan memacu Malaysia Sejahtera, PAS telah melancarkan Wawasan Induk Negara (WIN) sebagai wawasan untuk membentuk negara model berasaskan cara hidup Islam dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Antara kompenen Wawasan Induk Negara (WIN) ialah menerusi teras pemerkasaan parti dan pembangunan imej termasuklah, Politik Matang Dan Sejahtera (teras 1) dan Bergerak Berasaskan Penyelesaian Islam (teras 2).

Poltik Matang Dan Sejahtera telah ditakrifkan sebagai “sebuah budaya berpolitik yang berasaskan kepada kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, sesuai dengan realiti masyarakat, bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan keredhaan Allah”.

Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata lagi, budaya Politik Matang dan Sejahtera ini pada himmah saya mengzahirkan kebijaksanaan yang tinggi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk menerajui negara dalam membangun budaya politik Islam.