Home Muktamar62 Artikel Ulamak Mendepani Ancaman Pemikiran Terhadap Ummat

Ulamak Mendepani Ancaman Pemikiran Terhadap Ummat

76
SHARE

PASIR PUTIH, 1 Jun :¬†Ummat Islam sudah pasti tidak akan mampu berdaya saing dengan kaum lain sekiranya terus-menerus membangunkan Negara yang asasnya berkiblatkan kepada fahaman Sekularisme yang meminggirkan Iman dan akhlak, jelas Dato’ Mahfodz Mohamed dalam ucapan dasarnya semalam dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 55 itu.

Tegas Ketua Dewan Ulamak PAS itu lagi, ummat Islam tidak akan mampu menjadi model Islam sebenarnya yang memberi keadilan dan rahmat sekiranya terus-menerus bersikap memisahkan Islam dengan kehidupan.

Kesan meminggirkan ajaran Islam, bakal melahirkan manusia yang bertuhankan manusia, serta melahirkan manusia yang takut untuk menentang kemungkaran.

Kerosakkan akidah pemikiran ummat juga turut mengundang fasad dalam akhlak. Negara kita kini berada dalam krisis apabila pelaku-pelaku seks songsang (LGBT) diberikan perakuan atas nama hak asasi manusia manusia, bukan sahaja oleh kumpulan 25 orang kenamaan, pertubuhan COMANGO yang diberi laluan bagi membawa isu ini kepada keprihatinan Bangsa-Bangsa Bersatu, bahkan DAP Pulau Pinang menjadi kerajaan pertama Malaysia memberikan pengiktirafan melalui jawatankuasa Transgender Pulau Pinang yang bermesyuarat kali pertama di bangunan Dewan Undangan Negeri pada 17 Mei 2016.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat dengan tegasnya mengutuk sekeras-kerasnya sokongan yang dihalakan kepada mereka-mereka yang cuba merosakkan pemikiran ummat.

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ummat Ulamak Haraki bahawa mereka wajib memimpin masyarakat untuk memimpin masyarakat dengan ajaran Islam.