Home Muktamar62 Artikel Ulamak Mesti Ada Manhaj Yang Jelas Dalam Imu, Haraki dan Tazkiyatun Nafs

Ulamak Mesti Ada Manhaj Yang Jelas Dalam Imu, Haraki dan Tazkiyatun Nafs

73
SHARE

 

PASIR PUTIH, 1 Jun: Kekalutan dalam pelbagai aspek hidup sudah pasti memerlukan Ulamak yang menjadi rujukan dalam membangunkan negara dan masyarakat.

Ustaz Nik Bakri Nik Mat, perwakilan Ulamak PAS Selangor berkata dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ini, Ulamak sudah pasti akan menjadi rujukan masyarakat.

Maka sangat wajarlah Ulamak perlu memahami serta jelas bahawa penekanan ilmu itu sangat penting.

Dalam masa yang sama jadilah ulamak yang faqih tetapi meletakkan diri dalam kerja-kerja lapangan dakwah yang turut disulami dengan Tazkiyatun Nafs (pembersihan diri) berpanjangan agar sentiasa diberikan kekuatan dalam menggerakkan seruan gerabak dakwah.

Diingatkan lagi oleh beliau, Ulamak mestilah menjelaskan hukum dengan kejujuran serta berusahalah untuk laksanakan hukum yang berteraskan ajaran Islam.

Para ulamak haraki juga hendaklah menekankan penyucian jiwa kerana Nabi Muhammad SAW sangat mendahulukan penyucian jiwa dalam berkerja demi Islam.