Home Muktamar62 Artikel Ulamak Mesti Mendahului Isu

Ulamak Mesti Mendahului Isu

74
SHARE

 

PASIR PUTIH, 01 JUN: Peringatan agar Ulamak sentiasa mendepani banyak isu, terutamanya dalam isu GST yang kian menindas rakyat melalui ketegasan yang dipanjangkan dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat pada hari ini.

Gesaan tersebut telah pun disuarakan oleh perwakilan dari negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh.

Tambah beliau lagi, syabas kepada para Ulamak yang ada, tidak berhenti bertungkus-lumus bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara menurut kefahaman Islam, sentiasa menerangkan bagaimana hendak menjamin ekonomi yang membangun menurut Islam yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan masyarakat.