Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Ulamak Mesti Terkehadapan Dalam Memimpin Isu-Isu Negara

Ulamak Mesti Terkehadapan Dalam Memimpin Isu-Isu Negara

98
SHARE

Oleh : Mohamad Syakir

Indera Mahkota, 20 Jun – Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed dalam ucap utama sempena Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-58 menggesa ulamak untuk mengungguli rakyat dalam memimpin isu-isu berbangkit terutamanya dalam hal ehwal agama Islam.

“Para ulamak mesti memimpin kesedaran rakyat dengan isu-isu yang melanda, malah sewajarnya dijawab isu khususnya berkaitan isu agama serta dirangka jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.”

Di samping itu, beliau menyarankan agar dibina pasukan penyelidik di pelbagai peringkat bagi melancarkan gerak kerja penyediaan jawapan dan lebih bersistematik.

“Para ulamak perlu membina kumpulan penyelidik di pelbagai peringkat agar persoalan persoalan yang timbul mampu dijawab dengan tersusun berdasarkan hujah hujah yang dikemukakan