Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Ulamak PAS Memimpin Dalam Menjelaskan Isu

Ulamak PAS Memimpin Dalam Menjelaskan Isu

SHARE
Ulamak PAS Memimpin Dalam Menjelaskan Isu
Oleh : wartawan DUPP
Kuala Terengganu 13 Sept 2018-Ulamak PAS disarankan agar menjadi peneraju dalam menangani pelbagai isu berbangkit di kalangan masyarakat.
Isu aqidah, akhlak, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain perlu ditangani menurut acuan dan panduan yang ditunjuk oleh Islam.
Perkara ini disebut oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri selaku wakil Dewan Ulamak PAS Terengganu ketika menjadi pembahas pertama petang ini dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat.
Beliau menambah bahawa kecelaruan yang berlaku dalam masyarakat bukan sahaja di kalangan orang yang jahil, bahkan mereka yang ada latarbelakang agama. Justeru, cabaran sangat besar perlu dipikul oleh para ulamak PAS