Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Ulamak Pemimpin Perpaduan Ummah

Ulamak Pemimpin Perpaduan Ummah

37
0
SHARE

ULAMAK MEMIMPIN PERPADUAN UMMAH

Oleh: Fiqri Zurani

Kuala Terengganu, 13 Sept – Dalam usaha membina negara Islam bagi menegakkan syariat Islam, maka memerlukan kepada usaha dan stratergi yang berkesan agar matlamat yang diimpikan tercapai.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dalam ucaptamanya hari ini menegaskan bahawasanya usaha penting yang mesti dilakukan oleh PAS ialah memimpin perpaduan umat dalam membina ketumbukan dan kesatuan Islam

“Ini kerana realitinya dalam sesebuah negara merujuk kepada 5 aspek iaitu rakyat, pemimpin, perlembagaan dan undang-undang, kedaulatan serta tanah air” ujar Tuan Guru Dato’ Dr Mahfodz Mohamad.

Justeru, beliau menegaskan lagi bahawasanya perpaduan umat adalah salah satu aspek penting dalam pembinaan negara sejahtera.

“Usaha ini juga merujuk kepada kaedah Fiqh Waqi’ yang diamalkan dalam politik Islam kerana kekuatan perpaduan menjamin keutuhan sesebuah kerajaan yang mentadbir”