Home Muktamar PAS Ke 64 Ulamak Perlu Kuasai Pelbagai Bidang

Ulamak Perlu Kuasai Pelbagai Bidang

3
SHARE

Oleh: Fiqri Zurani

KUALA TERENGGANU, 16 Sept – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed dalam ucapan penggulungannya berkata DUPP menyahut arahan Presiden PAS supaya ulamak mampu menguasai pelbagai cabang.

“Dewan Ulamak menerima arahan daripada Tuan Guru Presiden supaya ulamak menguasai berbagai-bagai ilmu moden, kontemporari, politik, ekonomi dan perundangan.

“Arahan tersebut juga sama seperti saranan Allayarham Ustaz Fadhil Noor untuk ulamak diprofessionalkan dan professional diulamakkan.

“Ini supaya dapat mengurangkan jurang perbezaan antara ulamak dan professional serta dapat membantu untuk menyentuh pelbagai segmen ilmu,” ujar beliau.