Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Ulamak Seru Perpaduan Untuk Kepentingan Islam Dan Umat

Ulamak Seru Perpaduan Untuk Kepentingan Islam Dan Umat

16
SHARE

ULAMAK SERU KERJASAMA UNTUK KEPENTINGAN ISLAM DAN UMAT

Oleh: Fiqri Zurani

Kuala Terengganu, 13 Sept – Antara topik hangat yang dinantikan oleh seluruh rakyat dan pengamal media dalam Muktamar PAS tahun ini adalah isu kerjasama politik PAS pasca PRU-14 yang dijangka akan hangat diperbincangkan oleh para perwakilan PAS.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dr Mahfodz Mohamad mengingatkan para perwakilan dalam ucapannya, PAS meletakkan asas perpaduan menerusi apa sahaja jalinan hubungan kerjasama mestilah mendatangkan keuntungan kepada Islam dan menjaga kepentingan umat.

“Oleh sebab itu, dalam apa jua jalinan kerjasama PAS dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau NGO adalah mesti di atas syarat-syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS” ujarnya lagi.

Beliau juga mengingatkan bahawasanya pasca PRU-14 menyaksikan keghairahan berpolitik sesetengah pihak sehingga menggadaikan kepentingan agama adalah satu perkara yang mengundang musibah dalam negara tercinta ini.

“Sikap dan keghairahan demikian adalah merugikan Islam dengan berlakunya perpecahan umat. Akhirnya, suara Islam menjadi minoriti dan tidak kuat”.

“Oleh yang demikian, PAS mengambil sikap kehadapan dengan membina hubungan dengan sesiapa sahaja yang mahukan perpaduan demi kepentingan agama dan umat. Inilah yang dipanggil Ijtihad Siyasi yang memerlukan kefahaman berkait Fiqh Nusus” tegasnya.