Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Ulamak Terlebih Dahulu Menetapkan Pendirian Kerjasama Politik

Ulamak Terlebih Dahulu Menetapkan Pendirian Kerjasama Politik

89
0
SHARE
Ulamak Terlebih Dahulu Menetapkan Pendirian Kerjasama Politik
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi
KUALA TERENGGANU: Penegasan sejarah pendirian politik PAS telah dinyatakan secara jelas oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin kepada seluruh perwakilan Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke 57 yang berlangsung di Hotel Permai, 13 September.
Beliau membawa semua sidang perwakilan dan pemerhati yang hadir mengingati sejarah ketika zaman Datuk Asri dulu, peristiwa 13 Mei 1969 telah menguji perjuangan PAS apabila kedudukan Islam dan orang melayu tergugat sehingga mendorong kepada pembentukan kerajaan campuran PAS dan Perikatan dan akhirnya tertubuh Barisan Nasional.
Tuan Guru  mengungkapkan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat ketika itu dipimpin oleh almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memainkan peranan utama dalam mengawal dan menentukan dasar PAS terhadap kerjasama politik.
Katanya, para ulamak ketika membahaskan dengan panjang lebar tentang hukum bekerjasama politik dengan UMNO, Perikatan yang akhirnya memutuskan untuk mengharuskannya dengan syarat-syarat ketat sedangkan situasi hubungan PAS dengan UMNO sangat tegang ekoran isu kafir mengkafir sekaligus menghumban beberapa ulama’ PAS dalam tahanan ISA.
Beliau mengajukan soalan kepada semua, kenapa Para Ulamak ketika itu mengambil sikap sedemikian dalam pertimbangan politik demi memastikan survival politik Islam di tanah air dipertahankan.
Ketika ia dicabar oleh kebangkitan DAP, PAS memandang ketika itu bahawa soal kerjasama dengan UMNO adalah perkara yang MUTAGHAIYIRAT bukan THAWABIT yang boleh berubah mengikut keadaan semasa dan syarat-syarat yang digariskan.
“Atas dasar itu, PAS mengambil pendekatan siasah syar’iyah supaya masalah yang lebih besar dapat dijaga.
“Selagimana, perkara-perkara pokok tidak terancam, disinilah titik kefahaman yang mesti dibina oleh para ulamak kepada masyarakat khususnya ahli-ahli PAS dan orang-orang melayu tentang hakikat terkini kedudukan ummah Islam dan orang-orang
melayu dinegara kita selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan.
“Musuh-musuh politik kita terus mengapi-apikan sentiment perpecahan supaya orang melayu islam jangan bersatu dan lumpuhlah kedudukan politik kita.
“Sejak pilihan raya kecil dun Sungai Kandis dan Seri Setia, kita melihat penerokaan terhadap kerjasama PAS-UMNO sebagai parti pembangkang telah mulai bergerak politik dengan tidak memperdulikan fitnah yang cuba dibakar oleh musuh-musuh politik kita.
“Kita harus melihat realit politik hari ini yang sangat berhajat kepada perpaduan orangmelayu islam dalam mempertahankan islam dan maruah bangsa,” katanya.
Beliau mengajak agar ahli PAS harus sedar tentang keburukan politik yang pernah dilakukan oleh UMNO sepanjang 60 tahun menjadi kerajaan tetapi dengan jiwa daie yang disematkan PAS harus berusaha untuk memperbetulkan kefahaman kepimpinan ahli UMNO terhadap Islam.
Itulah tugas PAS dengan cara  mendekati mereka, kita tidak boleh melihat UMNO dan ahli-ahlinya sebagai musuh sebaliknya mereka adalah daie sasaran dakwah kita sehingga kita boleh mngembalikan mereka kepada landasan Islam.
Tuan Guru berkongsi pesanan yang dibuat oleh Tuan Guru Presiden dalam satu liqa’ fikri, PAS perlu melemahkan UMNO untuk dia insaf.
” Tujuannnya Islam. Ini yang kita nak dan kali ini pun sama, UMNO dah lemah, dia dah datang menghadap kita, marilah kita guna sebaik-baiknya.
“Keadaan ini membawa mereka kepada Islam bukan tujuannya untuk politik kita dan sebagainya. Apapun bentuk kerjasama yang akan berlaku, PAS mesti memastikan ia akan memberikan keuntungan kepada Islam.
“Kita tidak boleh bersikap keras dengan lawan politik kita yang juga beragama Islam semata-mata kerana rekod kejahilan mereka, pengaruh sekular dalam pemikiran mereka dan juga catatan-catatan amalam korapsi yang pernah mereka laku.
“Inilah medan dakwah yang membawa agenda Rahmatan Lil Alamin yang sebenarnya. Dalam soal perpaduan dengan UMNO, ia bukan perkara Sawabit(Tetap), ia Mutaghayyirat, tepikan sentimen politik yang sempit,” pesan beliau.