Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Ustaz Idris Ahmad Iktiraf Peranan Muslimat

Ustaz Idris Ahmad Iktiraf Peranan Muslimat

3
0
SHARE

Ustaz Idris Ahmad Iktiraf Peranan Muslimat

Oleh: Rabiatul Adawiyah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-58 ceria dengan ucapan Naib Presiden PAS, Ustaz Haji Idris Haji Ahmad. Beliau menyampaikan rasa terharu kerana dijemput sebagai perasmi Muktamar DMPM di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam ini.

Menyifatkan peranan Muslimat PAS amat dikagumi, beliau turut mengangkat nama-nama besar muslimat di persada gerakan Islam secara global antaranya Zainab Al-Ghazali, Amina Qutb dan selainnya. Semua daripada mereka adalah ikon muslimah yang patut dicontohi semangat juangnya.

Justeru itu, beliau menegaskan peranan muslimat menerusi pelbagai perkara. Antaranya adalah untuk memperkasakan tarbiyah Muslimat PAS menerusi prinsip AKIFI, menghadiri usrah, menjaga ukhuwah, bekerja dengan kebolehan yang ada, memperbanyakkan dakwah fardiah, membantu ahli keluarga untuk menjadi ahli PAS serta memantapkan pengurusan organisasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here