Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Usul Muslimat Kelantan Diterima Sebulat Suara

Usul Muslimat Kelantan Diterima Sebulat Suara

6
SHARE

Usul Muslimat Kelantan Diterima Sebulat Suara

Oleh : Aisyaa Yasmin

KUANTAN 15 Jun – Usul perwakilan Dewan Muslimat PAS Kelantan berkenaan peraturan had masa remaja diterima dengan bahas di muktamar hari ini.

Terang Muslimat PAS Kelantan, ekoran peningkatan masalah sosial yang semakin membimbangkan, Muslimat PAS Kelantan terpanggil untuk menyuarakan permasalahan sosial seperti kes penyalahgunaan dadah, buang bayi, isu transgender dan pelbagai masalah sosial lain.

“Kami mengusulkan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) agar mendesak kerajaan negeri dan persekutuan untuk meningkatkan usaha menangani masalah-masalah sosial secara lebih agresif.

Gesanya lagi, tindakan undang-undang yang lebih berkesan perlulah dilaksanakan agar dapat memberi pengajaran kepada pesalah.

Seterusnya beliau menggesa agar pelaksanaan peraturan had masa berada di luar rumah bagi remaja berumur 18 tahun ke bawah dapat dikuatkuasakan dengan segera.

Malah ujar beliau, usaha ini perlulah dibuat dengan melibatkan semua agensi termasuk NGO berkaitan dan semua lapisan masyarakat secara bersepadu.

Turut menyokong usul tersebut, perwakilan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap, Sariah Salam di Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-59 di Bukit Gambang Resort City hari ini.