Home Muktamar PAS Ke 64 Usul Solidariti Baitul Maqdis Diterima Sebulat Suara

Usul Solidariti Baitul Maqdis Diterima Sebulat Suara

448
SHARE

Oleh: Fiqri Zurani

KUALA TERENGGANU, 16 Sept – YB Haji Mohamad Sanusi Md Nor mengusulkan usul antarabangsa bertajuk “Solidariti Baitul Maqdis” dengan membawa empat tuntutan penting.

“Kami menuntut untuk PAS mendesak Malaysia dan dunia mengisytihar Israel sebagai Negara Apartheid.

“Kami juga menuntut Malaysia dan masyarakat dunia untuk menggerakkan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) iaitu memulau dan menyekat semua barangan serta memutuskan sebarang hubungan ekonomi dan hubungan politik dengan Israel,” ujar beliau.

Beliau turut mendesak Malaysia untuk mengiktiraf parti HAMAS di Palestin dan membuka kedutaan negara di Gaza.

Akhir sekali, beliau dalam masa sama menegaskan Malaysia supaya menghantar bantuan segera kepada rakyat Palestin dan memberi tekanan kepada Mesir untuk membuka sempadan refah kembali.

Usul itu diterima sebulat suara oleh semua perwakilan dan akan dibawa kepada Majlis Syura Ulamak sebagai badan paling tertinggi dalam PAS untuk menentukan keputusan akhir usul.