Home Muktamar60 Artikel Wakil Hamas berkongsi pengalaman di Muktamar Dewan Ulama

Wakil Hamas berkongsi pengalaman di Muktamar Dewan Ulama

133
SHARE

Tepat jam 6 petang, sebelum berakhirnya Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke-53 di  di sini, para perwakilan dari seluruh negeri disajikan dengan ucapan wakil Hamas, Dr Abdul Mu’ti yang datang dari jauh untuk berkongsi pengalaman beliau tentang Masjid Al-Aqsa, Briged Izzuddin Al-Qassam, Sheikh Ahmad Yasin dan pertarungan antara muslimin dengan rejim Zionis.  

Beliau yang menyampaikan salam dari umat Palestin terutamanya Khalid Misyaal, Ismail Haniyah dan lain-lain menyatakan bumi Gaza dan sekitarnya adalah bumi Isra Mikraj yang mulia. Lima ayat al-Quran telah menyebut tentang bumi berkat tersebut. Di samping itu, banyak kelebihan Masjid Al-Aqsa termaktub di dalam hadith baginda yang mulia.

Inilah tempat yang mereka perjuangkan. Daripada Izzuddin Al-Qassam hingga sekarang, Amin Al-Husin, Sheikh Ahmad Yasin yang telah uzur. Hanya lidah sahaja, meninggalkan di belakangnya kataib Al-Qassam yang dididik dengan ibadat, hidup yang payah, jihad kerana mempertahankan bumi Palestin.

Yahudi datang hanya membawa kerosakan. Sebagaimana Allah telah menyebut mereka bahawa mereka ini dilaknat. Sheikh Ahmad Yasin telah mendidik tentera Al-Qassam dan pemuda Palestin dengan cintakan mati sebaliknya regim Zionis cintakan hidup.

Baru-baru ini Gaza telah diserang oleh rejim Zionis dari darat, laut dan udara.  Gaza hanyalah kawasan yang sempit tetapi selepas 51 hari, alhamdulillah Palestin telah menang. Sekalipun Gaza musnah teruk, rumah, masjid, bangunan dan lain-lain musnah.

Allah pasti membalas rejim Zionis yang telah memusnahkan masjid tanpa sebab. Kini, perang di Gaza telah selesai dan pertarungan sekarang adalah untuk membina kembali pembangunan di Gaza.