Home Muktamar60 Dewan Pemuda Wakil Johor: Memimpin Dengan Suluhan Ilmu

Wakil Johor: Memimpin Dengan Suluhan Ilmu

211
SHARE

Wakil Johor: Memimpin Dengan Suluhan Ilmu

Oleh: Asyraf Hanif

ALOR SETAR, 28 April – Perwakilan Pemuda PAS Johor, Ustaz Azlan Alias dalam ucapan penangguhannya menyeru rakan-rakan Pemuda dari seluruh Malaysia untuk mendalami dan mendekati ilmu.

Katanya, PAS sentiasa bercita-cita melahirkan pelapis kepimpinan yang berilmu.

“Kita ingin melahirkan pemimpin, melahirkan generasi akan datang yang sentiasa subur dengan ilmu.

“Kita tidak mahu pemimpin yang mengeluarkan idea-idea bombastik tetapi membebankan rakyat,” katanya.

Beliau juga memberi peringatan kepada para hadirin bahawa Allah akan mengangkat darjat orang beriman dan berilmu dengan memetik firman Allah S.W.T melalui surah Al-Mujadalah ayat 11.

Melalui ucapan sama, Ustaz Azlan turut mengetengahkan cadangan supaya satu platform khas disediakan yang mengumpulkan idea berteraskan wahyu.

“Kami mencadangkan untuk kita menyediakan satu platform yang mana mengeluarkan idea-idea ini yang berteraskan wahyu al-Quran dan sunnah Nabi.

“Apabila ada idea-idea yang seiring dengan wahyu, maka tidak akan ada manusia-manusia yang memberikan idea tetapi membebankan rakyat,” tegas beliau.