Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Wakil Perlis Minta Program Tarbiah Haraki Dimantapkan

Wakil Perlis Minta Program Tarbiah Haraki Dimantapkan

71
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

Indera Mahkota, 20 Jun – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr. Haji Mahfodz Mohamed menyeru Dewan Ulamak setiap peringkat untuk mengembleng tenaga bagi memantapkan tarbiah haraki di dalam PAS.

Seruan ini disambut baik oleh perwakilan dari Perlis yang menganggap perlunya kesatuan dan kerjasama ulamak-ulamak di dalam PAS walaupun daripada sumber yang berbeza.

“Kita minta diberi perhatian supaya program tarbiah ini dapat dimantapkan. Semangat kerjasama dan perjuangan itu satu dan sama walaupun daripada aliran, keluarannya pelbagai daripada Azhar, Mesir ataupun Jordan mahupun tempatan.” Katanya.

“Gabungan ini mewujudkan satu fahaman dan tujuan yang mudah-mudahan dengan kekuatan ini yang akan kita tambah baik dari semasa ke semasa dan memberikan kejayaan kepada matlamat yang telah kita gariskan terutamanya di peringkat pimpinan dan harapan mereka.