Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Wakil Sarawak Yakin Kesenian Dalam Islam Mampu Melebarkan Sayap Dakwah

Wakil Sarawak Yakin Kesenian Dalam Islam Mampu Melebarkan Sayap Dakwah

2
0
SHARE

Wakil Sarawak Yakin Kesenian Dalam Islam Mampu Melebarkan Sayap Dakwah

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah yang disambut dengan paluan gendang membuktikan Islam meraikan seni.

Demikian pembukaan ucapan oleh perwakilan Sarawak, Cik Tharwani Doni pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Kali Ke 58 hari ini.

Menerusi ucapan bertajuk ‘Kesenian dan Kebudayaan’, beliau menegaskan seni adalah fitrah manusia yang meliputi pelbagai aspek seperti lukisan, musik dan sebagainya lagi.

Memetik sirah penghijrahan Nabi Muhammad SAW, beliau menegaskan Baginda tidak menghalang penduduk Madinah memalu paluan kompang sambil bersabda kepada Saidina Abu Bakar a.s, “Biarkan mereka (memalu gendang) supaya Yahudi mengetahui Islam meraikan fitrah.”

Meneruskan ucapan beliau, Cik Tharwani turut menyatakan keindahan seni dalam Islam yang perlu diaplikasikan dalam menyebarluaskan lagi method dakwah.

“Al Quran sangat menyokong seni. Seni melalui media juga penting untuk menyampaikan agama dan dakwah kepada masyarakat.

“Seni tidak boleh disalahguna dan menyimpang. Ia mesti diaplikasi secara berhikmah dalam berdakwah,” ulas beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here