Home Muktamar PAS Ke 64 Wakil Terengganu Kongsi Pengalaman Tawan Terengganu

Wakil Terengganu Kongsi Pengalaman Tawan Terengganu

31
SHARE

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Perwakilan Tuan Rumah, YB Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir memulakan ucapannya dengan ucapan terima kasih kerana memilih Terengganu sebagai tuan rumah Muktamar Tahunan Kali Ke 64 selepas penganjuran program terbesar mereka sebelum PRU 14 lalu iaitu Fastaqim.

Seterusnya, beliau menzahirkan kesyukuran atas kemenangan Terengganu pada PRU 14 lalu.

“PAS Terengganu telah mengambil alih kerajaan Terengganu buat kali ketiga baru-baru ini.

“Kemenangan pertama PAS Terengganu pada tahun 1959 apabila memenangi 19 dari 24 kerusi. Menteri Besar PAS Terengganu yang pertama pada masa itu ialah Haji Daud Abu Samad dari kawasan Setiu.

“Pada tahun 1999, PAS Terengganu menang buat kali kedua. Pada masa itu PAS Terengganu Berjaya meminda Undang-Undang Tubuh Negeri serta meluluskan enakmen takzir, hudud dan qisas.

“Pada masa itu juga, PAS berjaya memperkenalkan undang-undang syariah kepada masyarakat sebelum tewas pada tahun 2004,” katanya.

Mengibau kembali sejarah PAS Terengganu, beliau menceritakan bagaimana mereka bangkit dengan pelbagai usaha menawan kembali rakyat.

Ulasnya, pada tahun 1999 PAS Terengganu megadakan program PAS Ganti Umno yang menjadi gelombang besar pada masa itu; sehingga dapat jatuhkan kerajaan BN

Manakala tambahnya, pada tahun 2014 Himpunan Harap setiap kawasan diadakan dan kemuncaknya adalah penganjuran himpunan Fastaqim 2.