Home Muktamar PAS Ke 64 Wakil Wilayah Tarik Perhatian Perwakilan Dengan Lontaran Soalan

Wakil Wilayah Tarik Perhatian Perwakilan Dengan Lontaran Soalan

44
SHARE

Oleh: Farouk Hamzah

KUALA TERENGGANU,  15 Sept : Perwakilan Wilayah Persekutuan, Haji Razali Tumirin memulakan sesi perbahasan ucapan dasar dengan mengajukan soalan adakah PAS sudah bersedia menjadi role-model pimpinan kepada masyarakat.

Beliau seterusnya bertanya para muktamirin adakah PAS mampu menerima tanggungjawab dengan kemahiran yang dimiliki.

“Adakah kita bersedia untuk menjadikan diri kita benar-benar pimpinan Islam; menjadi aura kepada masyarakat untuk menerima PAS bagi PRU 15 akan datang?

“Apakah kita bersedia untuk menerima suatu kepimpinan yang sedia untuk di tarbiyah?

“Apakah kemahiran yang kita ada dalam kepimpinan dan pengurusan yang kita ada?” demikian persoalan yang dibangkitkan beliau.

Katanya, cabaran yang sedia ada perlu dihadapi untuk cabaran yang akan datang dan PAS juga perlu mengambil peluang untuk ditarbiyah dari aspek mentadbir dan pengurusan.

Tambahnya, barangkali Kelantan dan Terenganu boleh memberi gambaran sebenar pentadbiran Islam dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.