Home Muktamar PAS Ke 64 Wala’ Kepada Parti Dalam Berta’awun’, Pesan Wakil Kedah

Wala’ Kepada Parti Dalam Berta’awun’, Pesan Wakil Kedah

3
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 16 Sept : ‘Jangan Wala’ Kepada rakan thahaluf’, demikian saranan Ustaz Hanif Ghazali, wakil pembahas dari Kedah.

Hal itu jelasnya berdasarkan pengalaman PAS sebelum ini dimana adanya ahli yang memberi wala’ kepada rakan thahaluf lebih dari rakan sendiri.

“Parti lain bergantung kepada isu gelombang atau persepsi, justeru kita perlu berusaha menambah ahli baru, buka cawangan baru dan gerakkan dewan-dewan ,“ katanya.

Tambah beliau, dalam situasi hari ini, menghadapi penjajah adalah lebih mudah dari menghadapi orang yang berfikiran penjajah.

Tegasnya, PAS Kedah akan terus menyokong penuh usaha pimpinan dalam meneroka jalan kemenangan baik dengan jalan thahaluf mahupun taawun asalkan ada kekuatan akidah perjuangan , jati diri dan hala tuju perjuangan.