Home Muktamar60 Artikel Warna-warni Penggulungan

Warna-warni Penggulungan

111
SHARE

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dr Dato Muhd Khairuddin Aman Razali At-Takiri mengendurkan kepanasan cuaca politik PAS dengan menyatakan budaya label-melabel adalah suatu sunnatullah dan sunnah Rasulullah, sepertimana timbulnya label orang bertaqwa, orang kafir, orang munafiq oleh Allah sendiri dan jua RasulNya.

Namun di sana terdapat kaedah untuk melabel, dan bukanlah tugas kita untuk meletakkan label pada orang lain, melainkan tugas kita adalah untuk menerangkan kaedah yang benar.

Sidang muktamar hari ini juga dipenuhi dengan warna-warni ucapan daripada para perwakilan. Ucapan yang telus telah menghangatkan sesi penggulungan muktamar hari ini.

Perwakilan Negeri Sembilan berharap PAS membugar ukuhuwah di antara ahli PAS di setiap peringkat. Menurut beliau, setiap ahli perlu memperkuatkan perkara berkaitan tarbiah diri.

Perwakilan Johor pula mengingatkan para ahli yang ingin menegur pimpinan agar menegur secara berhemah, biar kena pada tempatnya.

Setiap masalah ada penyelesaiannya dan sebagai ulama, perkara harus diselesaikan dengan baik, bukan dengan cara yang lebih mengeruhkan keadaan.

Beliau turut mengingatkan agar perwakilan mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain supaya ikatan yang kuat ini tidak mampu dirobekkan atau dicerai beraikan oleh musuh.

Perwakilan Sabah turut membangkitkan kurangnya ukhuwah dikalangan ahli pas dan beliau mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan.

Perwakilan Sarawak mengutarakan cadangan supaya PAS menubuhkan lebih banyak institusi Islam yang memberi penerangan tentang makna dan nilai pada muamalat, fiqh dan ilmu-ilmu agama khasnya.

Perwakilan Muslimat pula menegaskan soal aqidah dan menggesa para perwakilan menolak sekerasnya jika ada unsur-unsur selainnya yang wujud di dalam parti Islam.

Perwakilan ulama pelapis pula menyesali krisis wala’ yang melanda pimpinan. Dewan ulama diminta memainkan peranan menjelaskan dan menapis apa yang berlaku dalam situasi pas sekarang.

Dewan Ulama juga perlu menjadi contoh kepada semua. Justeru ulama pelapis adalah benteng dan mereka perlu berani menghadapi segala cabaran yang mendatang.