Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Waspada Perancangan Musuh Terhadap Umat Islam

Waspada Perancangan Musuh Terhadap Umat Islam

2
0
SHARE

Waspada Perancangan Musuh Terhadap Umat Islam

oleh : Nadzirah Mohd Nizar

KUALA TERENGGANU, 14 Sep – “Konflik di beberapa negara umat Islam berlaku akibat perancangan politik Yahudi-Israel serta konco – konconya,” ujar Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Mereka mengadu domba mewujudkan perang saudara sesama umat Islam yang mengakibatkan sebahagian umat Islam gugur dalam peperangan bersenjata termasuk sebahagian menjadi pelarian di negara- negara jiran termasuk Benua Eropah.

Tambah beliau, sebahagian umat Islam turut menjadi mangsa atas nama jihad Islam kerana hasutan kuasa – kuasa besar yang berkepentingan dengan menggunakan alasan keselamatan sejagat.

Hakikatnya, pertubuhan yang sepatutnya menjaga kemaslahatan umat Islam seperti Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dilihat gagal mengemukakan solusi konkrit tentang isu ini begitu juga Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Arab.

Dalam ucaptama sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Kali ke-58 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu, beliau menyeru para perwakilan dan hadirin agar memohon pertolongan dari Allah SWT untuk memelihara keselamatan umat Islam di negara yang bergolak dan umat Islam di Malaysia.

Selain itu, bantuan material dan wang ringgit juga hendaklah dihulurkan mengikut kemampuan masing – masing.

SHARE
Previous articleIstiqamah Adalah Jalan Kekuatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here