Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak YB Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat...

YB Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Yang Baharu

255
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

Indera Mahkota, 20 Jun – Dewan Ulamak PAS Pusat mendapat ketuanya yang baru iaitu Yb Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh setelah diumumkan oleh Dr Fuad Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat.

Yb Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh memenangi kerusi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat tanpa wujud sebarang pertandingan untuk merebut jawatan tersebut.

Beliau akan mengemudi Dewan Ulamak PAS Pusat bagi sesi 2019-2021 bersama Timbalannya, Yb Dato’ Dr. Johari Mat dan Naibnya Ustaz Khirul Muntanazar.

Barisan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat pula ialah Haji Zulkifli Ismail, Dr. Azhar Yaakob, Yb Ustaz Md Nor Hamzah, Ustaz Asri Mat Daud, Ustaz Zulkarnain Hasan, Prof Dr. Badruzaman Yusof, Ustaz Ismi Taib, Ustaz Najhan Halim, Ustaz Nushi Mahfodz, Ustaz Nazri Chik, Ustaz Ahmad Yahya dan Ustaz Mokhtar Senik.

Pemilihan jawatan Dewan Ulamak PAS Pusat kali ini meneruskan tradisi apabila kesemua jawatan menang tanpa bertanding.

Yb Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh juga merupakan ahli parlimen Pasir Puteh, Kelantan dan merangkap sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS.