Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat YB Zuraida Noor Garis 3 Peranan Utama Wanita

YB Zuraida Noor Garis 3 Peranan Utama Wanita

111
SHARE

YB Zuraida Noor Garis 3 Peranan Utama Wanita

Oleh : Aisyaa Yasmin

KUANTAN, 15 Jun – YB Zuraida Noor hari ini menggariskan 3 peranan utama wanita ketika menyampaikan ucapan penangguhan wakil Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Terengganu di sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-59.

Antara yang digariskan ialah, peranan wanita dalam pembangunan individu, keluarga dan masyarakat selari dengan kedatangan Islam yang mengangkat tinggi martabat mereka.

Ketika mengulas berkenaan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, beliau mengagumi muslimat baik di peringkat cawangan, kawasan mahupun pusat.

Pujinya, rata-rata barisan Muslimat PAS mempunyai latar belakang cemerlang, malah ada yang bertaraf profesional.

Namun, beliau memandang serius bagaimana ilmu tersebut diguna secara tuntas dalam konteks pembangunan wanita mencakupi bidang politik dan dakwah.

“Saya dikhabarkan dalam PRU lepas, kita ada satu jawatankuasa khas untuk membina manifesto, namun kekurangan teknik penyampaian manifesto adalah satu kelemahan.”

Turut disuarakan agar wanita terutamanya Muslimat PAS dapat diperkasa dengan kemahiran lain seperti kemahiran dakwah, pengendalian sistem audio, media dan skop penerangan seperti penulisan.