Home Muktamar PAS Ke 66 3 Ciri Utama untuk Menuju Cabaran Besar Pada Masa Kini

3 Ciri Utama untuk Menuju Cabaran Besar Pada Masa Kini

837
SHARE

 Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS

Pemuda menyokong ucapan dasar Tuan Guru Presiden. Tiga ciri utama untuk menuju kepada satu tempoh cabaran yang besar pada masa kini.

1. Memimpin perubahan

– Dunia sekarang ini mengalami yang perubahan sangat besar.

– Cadangan daripada pemuda agar kita semua melakukan perubahan dalam minda selaku pejuang parti. Seronok melihat perubahan terhadap rakan politik, jangan lupa untuk melakukan perubahan pada diri kita.

– Justeru, saya menyeru agar melakukan perubahan minda. Daripada minda pembangkang kepada kerajaan, daripada minda menunggu kepada minda menggerakkan, daripada minda yang mahu berjauhan dengan orang lain, hanya melibatkan ekslusiviti kepada kita sahaja kepada mendekatkan diri kepada orang ramai. Berubahlah daripada minda bersendiri kepada berpasukan tanpa mengira siapa dan posisi dalam parti.

2. Memipin kekuatan

– DPPM mengangkat ucapan dasar Tuan Guru tentang meraih undi 18 tahun. Mungkin tidak akan terlaksana pada PRU akan datang. Namun tujuh hingga lapan juta pengundi baru pada masa hadapan adalah mereka yang aktif di media sosial pada hari ini. Oleh itu, Pemuda ingin mengajak seluruh ahli PAS dan pimpinan untuk bergerak aktif di media sosial dan memberi pengaruh kepada mereka agar mengikuti perjuangan kita.

– Kita sangat bergantung kepada media sosial peringkat parti dan sangat memerlukan pengukuhan kedudukan peribadi kepada yang lebih baik.

Masih ramai memerlukan sentuhan dakwah dan janganlah kita hanya berada dalam lingkungan ahli kita shaja. Kami menyarankan agar semua segera mengambil tahu perkembangan media sosial yang sangat luas pada hari ini.

3. Memimpin perasaan.

Anak-anak muda banyak meluahkan perasaan yang dilihat agak keras dan drastik daripada suara parti. Namun apabila keluar arahan, kami janji akan beri ketaatan penuh kepada arahan yang dikeluarkan.

Khairul Nadzir bin Helmi Azhar
Perwakilan Dewan Pemuda PAS Malaysia