Home Muktamar PAS ke 67 694 perwakilan sertai Muktamar Tahunan PAS ke-67

694 perwakilan sertai Muktamar Tahunan PAS ke-67

104
SHARE

KUALA NERUS: Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini melibatkan 694 orang daripada 1,546 perwakilan dari seluruh negara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, muktamar tahun ini diadakan secara hibrid, di mana 852 perwakilan negeri-negeri akan berada di tempat mereka masing-masing.

Sedangkan katanya sebelum perwakilan yang menyertai muktamar dari kawasan-kawasan, dewan-dewan pusat, ahli jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak (MSU).

“Sepatutnya 1,546 perwakilan yang berada di Kuala Terengganu, namun hanya seramai 694 orang hadir kali ini,” katanya pada sidang media di Dewan Duyong Marina & Resort, Kampung Duyong Seberang Takir, hari ini. Turut hadir Pengarah Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67, Dr Alias Razak.

Advertisement

Takiyuddin berkata, kehadiran kali ini melibatkan Majlis Syura Ulamak, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS negeri-negeri dan perwakilan Dewan-dewan peringkat Pusat dan Yang Dipertua (YDP) PAS kawasan.

Menurutnya YDP PAS dari 197 kawasan dan perwakilan PAS lapan kawasan di Terengganu akan hadir secara fizikal di Kuala Terengganu.

Selain itu 14 YDP PAS kawasan dari Pahang dan 14 YDP dari Kelantan juga akan berada di Kuala Terengganu secara fizikal dengan mengambil kedudukan negeri berjiran.

“Ia menjadikan perwakilan yang berada di Kuala Terengganu seramai 694 orang. Manakala perwakilan dari Kedah paling ramai yang akan bermuktamar secara hibrid di Kedah seramai 170 orang.

Menurutnya juga Muktamar Tahunan PAS kali ini diadakan setelah mendapat arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), supaya mesyuarat agung di semua peringkat diadakan sebelum 31 Disember depan.

Sehubungan itu, katanya perjalanan muktamar kali ini hanya melibatkan perkara atau peraturan yang wajib sahaja kerana negara masih berada dalam pasca Covid-19.

“Tahun ini kita tidak menjemput rakan-rakan parti politik yang lain, begitu juga NGO-NGO. Kita hanya menjemput veteran-veteran PAS dan orang tertentu sahaja. Tetamu luar negara juga tidak diundang,” ujarnya.

Pada muktamar itu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucapan dasar pada hari pertama. – HARAKAHDAILY 4/11/2021