Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Awas, Bahaya Malaysia Baru

Awas, Bahaya Malaysia Baru

585
SHARE

Awas, Bahaya Malaysia Baru

Oleh : Aisyaa Yasmin

KUANTAN, 15 Jun – Antara keutuhan dan kuatan PAS ialah perjuangan yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah yang menjadikan ia istimewa berbanding jemaah, gerakan atau parti lain.

Malangnya, terdapat usaha pihak tertentu yang mahu menjauhkan umat hari ini dari acuan hidup Islam yang sebenar. Malah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan kepada rakyat Malaysia juga berani dipersoalkan.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucaptama beliau di sini hari ini berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menampakkan usaha serius untuk meletakkan Islam sebagai panduan tertinggi, jauh sekali memimpin dan mendidik wanita meningkatkan ilmu dan amal selari dengan petunjuk wahyu malah dikelamkan lagi dengan penyelewengan ideologi oleh segelintir gerakan wanita ini.

“Kita turut mengikuti perkembangan segelintir gerakan wanita atas nama perjuangan pembelaan wanita sejak sekian lama merempuh masuk dalam dunia Islam menerusi pengaruh perkembangan ideologi barat itu sendiri” .

“Kita juga menyedari perjuangan yang bertunjangkan aqidah sekularisme, feminisme dan liberalisme acuan barat ini semakin agresif mahu menempah nama dalam penguasaan pemikiran masyarakat di negara kita”. Kata beliau yang memantau dari dekat hubungan yang sinonim gerakan ini dengan tokoh-tokoh pemimpin dalam PH atau sikap keterbukaan kerajaan PH sendiri terhadap aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan.

Hakikatnya beliau berkata, mereka adalah pendokong pemikiran Barat yang mempunyai agenda menjauhkan kaum wanita daripada petunjuk ajaran Islam yang sebenar dan tidak sesuai dengan konteks budaya masyarakat Malaysia.

Situasi ini ujar beliau, jauh sekali mampu menawarkan kesejahteraan yang menjadi utama agenda Islam sekiranya kaum wanita terus dibimbing dan dipimpin oleh mereka.