Home Muktamar PAS ke 67 Dewan Muslimat Bacaan Al-Quran menyentuh hati sidang muktamirat

Bacaan Al-Quran menyentuh hati sidang muktamirat

134
SHARE

 

Oleh: RABIATUL

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Majlis Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke- 61 diserikan dengan bacaan ayat Suci Al-Quran oleh Qari jemputan, Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi.

Lantunan bacaan Surah Ali Imran dimulai dengan ayat 159 sehingga ayat 164 disertakan dengan terjemahannya telah menyentuh hati sidang muktamirat.

Perkongsian ayat ini berkisarkan tauladan kepimpinan terbaik sepanjang zaman iaitu Rasulullah SAW dalam mendepani cabaran dakwah bersama para sahabat dan juga orang munafik.

Dalam pada itu, ayat ini menyentuh bagaimana rahmat Allah SWT yang dilimpahkan melalui nikmat iman dan Islam kepada orang beriman dengan adanya Nabi di kalangan mereka.

Selain itu, pendidikan dan tarbiah yang diterapkan oleh pemimpin Islam dalam mengemudi bahtera dakwah berlandaskan perjuangan Nabi Muhammad SAW dengan para sahabat menjadi intipati penting dalam keseluruhannya ayat yang dibacakan.

Sidang muktamar dilaporkan berlangsung selama dua hari sehingga esok 31 Oktober 2021.