Home Muktamar PAS Ke 63 Bersama Merealisasikan ‘Sejahtera Bersama Islam’

Bersama Merealisasikan ‘Sejahtera Bersama Islam’

1109
SHARE

Bersama Merealisasikan ‘Sejahtera Bersama Islam’

Oleh: Aisyah Yamin

ALOR SETAR, 30 April – Di bawah tema ‘Sejahtera Bersama Islam’ perwakilan Selangor, YB Zaidy Abd Talib menyifatkan tanggungjawab bagi merealisasikan agenda ini terpikul atas pundak semua pimpinan untuk diterjemahkan.

“Rakyat tidak mahu dengar tema semata-mata tapi mereka mahu merasakan. Justeru, ahli PAS seramai 800 000 orang mesti memainkan peranan bagi merealisasikan budaya politik matang dan sejahtera di peringkat masing-masing.

“Tuan Guru bukan sahaja melaungkan kata-kata ‘menyelamatkan manusia dengan Islam’ tapi diterjemahkan dalam bentuk tindakan.”

“Contohnya, Nanyang Siang Pau menyiarkan karikatur monyet berserban, tetapi Tuan Guru bersedia memaafkannya.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong ucapan dasar Tuan Guru Presiden PAS untuk meneruskan pendekatan dengan mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan sebelum ini.

Katanya lagi, jika lawan di gelanggang silat, tidak salah kita berpencak menggonggol silat, tapi pastikan gerak tari kita tetap menampakkan jenama Islam.