Home Muktamar60 Artikel Buang pemikiran sekular dan liberal

Buang pemikiran sekular dan liberal

503
SHARE

KOTA TINGGI, 17 Sept – Perwakilan Pulau Pinang, Ust Mohd Aiman Shamsudin mengingatkan sidang muktamar agar lebih berakhlak dalam menegur Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang mahupun Majlis Syura Ulama PAS.

Beliau mengingatkan ahli PAS supaya tidak menjadikan media sosial sebagai medan menghentam sebaliknya menggunakan muktamar tahunan sebagai medium terbaik untuk menegur secara berakhlak.

“Pemuda PAS seharusnya tidak menjadikan facebook atau surat terbuka melalui media sosial untuk menegur pimpinan, sebaliknya jadikan muktamar untuk menyatakan perkara yang tidak puas hati kepada pimpinan.”

Beliau turut mengingatkan bahawa pemuda PAS bukan hanya pemuda politik atau tarbiah mahupun dakwah semata-mata, sebaliknya pemuda-pemuda PAS perlu memiliki ketiga-tiga elemen tersebut bagi mendepani setiap isu yang berlaku.

“Pemuda PAS Malaysia bukanlah pemuda politik semata-mata. Pemuda PAS bukanlah pemuda dakwah semata-mata. Pemuda PAS bukanlah Pemuda tarbiyyah semata-mata, tetapi pemuda PAS adalah pemuda politik, pemuda dakwah dan pemuda tarbiyyah (sekaligus). Inilah pemuda PAS yang sebenar.”

Dalam sesi yang sama, perwakilan daripada Pulai Pinang turut menyeru seluruh perwakilan pemuda agar menambah ilmu supaya tidak mudah terpengaruh oleh pemikiran sekular dan pluralisma sebaliknya pemikiran pemuda adalah pemikiran Islam yang dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.