Home Muktamar PAS Ke 64 Daulat Undang-Undang Syariat Akan Terus Diperjuang – Presiden PAS

Daulat Undang-Undang Syariat Akan Terus Diperjuang – Presiden PAS

1123
SHARE

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Agenda mendaulatkan undang-undang Syariah dalam kerangka demokrasi berperlembagaan akan terus diperjuangkan oleh PAS.

Presiden PAS berkata, usaha yang bermula dengan pelbagai siri penerangan sejak tahun 1950-an, diikuti dengan penggubalan enakmen berkaitan di Kelantan dan Terengganu pada tahun 1990-an, memakan masa lebih 40 tahun dan pemimpin yang bersilih ganti, membuktikan kesungguhan PAS untuk merealisasikan agenda ini dengan sabar dan berhikmah.

“Terdahulu, PAS melihat ada ruang yang boleh digunakan untuk mengangkat kuasa Mahkamah Syariah sebagai teras kepada pelaksanaan undang-undang.

“Maka PAS mengambil usaha untuk membawa Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 (RUU 355) di Parlimen sejak 2016.

“Kini terletak di tangan kerajaan baharu untuk menentukan sikap terhadap RUU tersebut.

“Di pihak PAS, Kerajaan Kelantan dan Terengganu sentiasa bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan hasrat yang didukung sekalian umat Islam ini, di samping membuka pintu dialog kepada ahli akademik dan NGO untuk lebih memahami agenda besar yang dibawa oleh PAS ini,” katanya.