Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak PAS Tubuh Institut Kajian Islam dan Strategik ( IKIS)

Dewan Ulamak PAS Tubuh Institut Kajian Islam dan Strategik ( IKIS)

1111
SHARE

Oleh : Asyraf Hanif

KUALA TERENGGANU, 16 Sept – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membangunkan pimpinan dan ahlinya dengan tarbiah sepertimana yang telah dilakukan oleh gerakan Islam seluruh dunia.

Ustaz Zulkarnain Hassan yang mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat telah memetik kata-kata Mursyidul Am PAS pada perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat sebagai penegasan kepada kepentingan ulamak menjaga tarbiah parti.

“Kata Mursyidul Am, tugas ulamak ialah perkasakan tarbiah dan kekangkan fahaman yang merosakkan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Dewan Ulamak PAS menyahut seruan Presiden PAS di dalam ucapan dasarnya; menyarankan ulamak menjadi agen penerangan kepada masyarakat.

“Dewan ulamak bertekad untuk menyahut arahan Presiden dalam ucapannya semalam yang menyeru supaya ulamak perlu bertindak pantas menjadi juru bicara umat untuk menjelaskan isu semasa dengan merujuk panduan Quran dan Sunnah,” tambahnya.

Beliau juga mengumumkan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat telah menubuhkan Institut Kajian Islam dan Strategik (IKIS).

Penubuhan IKIS katanya adalah sebagai satu badan yang berperanan membuat penyelidikan dan kajian terhadap pelbagai isu dan perkembangan semasa.