Home Muktamar PAS Ke 66 DHPP Menyokong Penuh Ucapan Tuan Guru Presiden

DHPP Menyokong Penuh Ucapan Tuan Guru Presiden

555
SHARE

 Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS 

DHPP menyokong penuh ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Presiden pada pagi tadi.

1. Tahun ini tema Islam Memperkukuhkan Perpaduan membuktikan PAS terus konsisten dalam agenda perjuangan untuk memperkukuhkan perpaduan di dalam Malaysia.

2. DHPP menyedari bahawa peranan yang telah diberikan untuk menyantuni masyarakat bukan Islam bagi mewakili PAS tidak semudah yang disangkakan. Namun kami tetap berusaha untuk memahami Islam melalui kelas Pendidikan Islam seperti ILHAM, kuliah agama dan usrah yang dijalankan.

3. Penjenamaan baharu DHPP sebagai pendokong menjadi bukti dan komitmen kami untuk terus menjadi satu sayap penting di dalam PAS.

4. Pelantikan ketua DHPP Pusat iaitu YB Senator N.Balasubramaniam sebagai Ahli Dewan Negara adalah merupakan satu pengiktirafan yang sangat tinggi kepada DHPP. Beliau telah memberikan ucapan pertama di dalam Dewan Negara menegaskan bahawa DHPP akan memberi fokus terhadap perpaduan kaum, selari dengan ucapan dasar yang disampaikan pada hari ini.

5. Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa perlu diingatkan bahawa Agama Islam merupakan Agama rasmi persekutuan. Oleh itu, sikap hormat menghormati perlu ditanamkan sesama kita.

6. Ahli PAS perlu lebih kehadapan untuk menunjukkan sikap kasih sayang terhadap mereka yang bukan Islam. Elakkan daripada mengkritik agama lain secara terbuka kerana ianya boleh membawa kepada ketegangan kaum. Lajnah Dakwah dan Lajnah Perpaduan Nasional perlu kehadapan untuk memberi perhatian terhadap perkara sebegini.

9. Saya menggesa supaya PAS di semua peringkat dapat memastikan agar DHPP bukan sahaja berada di peringkat negeri tetapi turut diwujudkan juga diperingkat kawasan.

10. DHPP mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung PAS kerana telah membuat satu pendekatan baru apabila membawa kelulusan keahlian baharu DHPP ke dalam Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Ia telah memberikan satu kesedaran dan rangsangan kepada PAS negeri untuk mendaftarkan ahli DHPP.

11. DHPP mengharapkan agar PAS mempertimbangkan calon DHPP pada PRU-15 selaras dengan ucapan dasar dalam pentadbiran negara walaupun menyedari bahawa PAS mungkin tidak bertanding banyak kerusi seperti PRU-14 kerana permuafakatan yang dibina.

12. Konsep perpaduan ummah yang perlu difahami mestilah berpandukan kepada Allah dan Rasulullah. Maka saya menyeru agar tema ‘Islam Memperkukuhkan Perpaduan’ disokong oleh kita semua.

(Pelancaran penjenamaan semula DHPP daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS kepada Dewan Himpunan Pendukung PAS telah disempurnakan oleh Tuan Guru Presiden pada hari ini)

B. Balendran a/l Bala Subramaniam,
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP)