Home Muktamar PAS Ke 66 DHPP Terus Menjuarai Isu Perpaduan Kaum

DHPP Terus Menjuarai Isu Perpaduan Kaum

684
SHARE

[ Muktamar PAS 66 : Ucapan Penggulungan Pimpinan Utama ]

1. Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus menjuarai isu perpaduan kaum. Terima kasih atas lantikan senator bukan Islam yang pertama sejak PAS ditubuhkan. Pengiktirafan yang sangat tinggi sejak penubuhan DHPP pada tahun 2010. Cik Kumutha, ketua wanita DHPP Pusat dilantik sebagai pegawai khas kepada YB Timbalan Menteri Datuk Siti Zailah binti Mohd Yusuf. Begitu juga dengan pelantikan pegawai khas di Kelantan dan Terengganu dan pelantikan ahli majlis di negeri Keantan, Terengganu, Kedah dan Perak. DHPP menunggu pelantikan sebagai ahli majlis di negeri Melaka dan Johor.

2. Isu perpaduan kaum semakin meruncing terutamanya ketika pemerintahan PH. Saya menyeru agar rakyat kembali memahami kontrak sosial dan menghayati rukun negara serta memahami silang budaya untuk memperkukuh hubungan antara kaum. Saya mewakili PAS bukan sahaja untuk kaum India tetapi untuk semua bukan Islam termasuk kaum orang asal pelabgai etnik di Sabah dan Sarawak. Saya menggunakan platform di Dewan Negara untuk menjuarai isu perpaduan kaum atau perpaduan nasional tanpa mengabaikan isu-isu lain.

3. PAS berjiwa besar namun jangan mudah mengalah.
DHPP merasakan PAS wajar bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi di PRN Sabah sebagai bukti rakan menghormati PAS. Tetapi DHPP akur dengan arahan Tuan Guru Presiden melalui kenyataan media yang dikeluarkan. Apa-apa pun PAS mestilah seiring dengan rakan-rakan parti yang lain pada PRU-15 akan datang agar kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, bersama berganding bahu, berat sama dijiunjung ringan sama dijinjing.

4. Ahli pas perlu thiqah dan wala kepada pimpinan. Wala dan taat menjadi rukun kepada kita yang melangsungkan perjuangan menegakkan keadilan melalui PAS. Ianya mudah disebut tetapi belum pasti dapat dilaksanakan. Begitulah yang saya pelajari dalam tasawur Islam di ILHAM. Memetik ucapan Ketua Pemuda PAS, tarbiyah mesti menjadi DNA ahli PAS, justeru, saya juga ingin menyeru kepada ahli DHPP agar menjadikan tarbiah sebagai DNA mereka.

5. Tanpa tarbiyah kita pasti rebah. Marilah kita bersama-sama bersatu padu, bersatu hati, sokong mendokong dan berganding bahu membina dan memperkasa parti yang kita cintai dan sayangi ini.

YB Senator N. Bala Subramaniam
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)