Home Uncategorized Gagasan Pendidikan Saidatina Aisyah

Gagasan Pendidikan Saidatina Aisyah

483
SHARE

Oleh: NURUL

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Dewan Muslimat ingin mewujudkan satu aliran sistem pendidikan kaum perempuan, kaum ibu dan isteri ke arah menjadi insan yang dalam ilmunya dan kuat imannya.

Demikian ujar Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Salleh yang mengambil serius terhadap sistem pendidikan negara khususnya buat kaum perempuan.

Memetik ucapannya, beliau megambil contoh apa yang telah dilaksanakan di Indonesia bagi membela kaum wanita.

“Sebagai contoh di Indonesia, ketika penjajah Jepun berusaha merosakkan kaum wanita Islam, mereka mewujudkan Rumah Kuning, pada saat itu, muncullah gerakan bernama Anggota Dewan Ibu (ADI) Sumatera Tengah. Tujuannya adalah untuk membela kaum wanita supaya tidak dijadikan hamba nafsu seks penjajah Jepun.

“Begitu juga Syeikhah Rahmah al-Yunusiyah yang berjaya mewujudkan sekolah Diniyyah Puteri Padang Panjang untuk kaum perempuan, isteri, janda, dan para ibu. Wanita ini juga mempelopori Sekolah Menyesal, iaitu sekolah belajar huruf dan membaca yang berusaha agar ramai perempuan yang pandai membaca dan mengira,” katanya.

Tambah beliau, banyak lagi contoh wanita yang cemerlang sama ada sebagai pendidik mahupun ahli gerakan yang dalam masa yang sama seorang remaja muslimat muda, ada juga para ibu, janda dan para isteri.

Oleh itu katanya, Dewan Muslimat ingin membangunkan sekolah Gagasan Pendidikan Saidatina Aisyah bermula daripada madrasah sehingga ke peringkat Universiti.

Ustazah Nuridah dalam masa yang sama menyeru supaya usaha yang akan dilaksanakan itu disambut baik oleh semua.

“Justeru, saya meminta agar kita semua menyokong usaha ini samaada dari sudut kewangan dan tenaga bagi menjayakan idea ini apabila dilancarkan kelak. Cukuplah kita dengar pelbagai kezaliman kepada kaum wanita di dalam berita, seolah-olah wanita ini hanyalah hamba kepada suami, malah dilihat sebagai insan yang tiada ilmu dan perasaan serta nilaian bakti dan pengorbanannya,” tegas beliau.