Home Muktamar PAS Ke 66 Islam Mengutamakan Perdamaian

Islam Mengutamakan Perdamaian

719
SHARE

ISLAM MENGUTAMAKAN PERDAMAIAN

Islam menolak pertembungan yang mencetuskan ketegangan. Sebarang pertembungan dalam hubungan antarabangsa hendaklah mendahulukan perdamaian dan keadilan untuk semua sesuai dengan firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al Ma’idah: 8)

Hari ini, umat Islam tidak mempunyai negara yang kuat untuk menentang kezaliman kesan perang proksi pihak-pihak lain. Lihatlah kezaliman yang menimpa umat Islam seperti yang berlaku di Palestin, Kashmir, Uighur dan Rohingya. Justeru, kita wajib memanfaatkan kerjasama dalam kalangan negara seaqidah, serumpun dan bersahabat, di samping terus berpegang dengan konsep perdamaian, walaupun terhadap musuh yang paling agresif. Allah berfirman:

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu pemimpin yang membela kami (daripada ancaman musuh). (Surah Al- Nisa’: 75)

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS