Home Muktamar PAS Ke 64 Jabatan Penerangan PAS Lancarkan Buku Kupasan Isu Negara

Jabatan Penerangan PAS Lancarkan Buku Kupasan Isu Negara

786
SHARE

Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Keperluan peranan jentera penerangan bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat menjadi asas utama usaha Jabatan Penerangan PAS Pusat menerbitkan sebuah buku bertajuk ” Pemerintahan Pakatan Harapan: Analisis Terhadap Tatacara Pentadbiran dan Kesan Masa Depan Islam”.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan krisis dalam negara telah ditulis melalui analisa sesuai dijadikan rujukan bagi penambahan maklumat.

Menurut Pengarahnya, Ustaz Muhammad Najhan Abdul Halim buku tersebut adalah hasil penulisan Jabatan Penerangan PAS Pusat daripada latar belakang pelbagai sehingga mampu menerbitkan buku.

Buku yang akan terbit itu adalah salah satu usaha Jabatan Penerangan PAS untuk memberikan maklumat kepada masyarakat situasi pentadbiran negara yang semakin rapuh.

“Alhamdulilah buku ini telah dilancarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam muktamar ke-46 menjadi satu suntikan semangat agar terus menyumbang tenaga dan keringat dalam apa sahaja kemahiran yang dimiliki.

“Terima kasih kepada semua pihak yang berusaha sepanjang tempoh penulisan buku ini bermula dari proses rangka, semakan, kajian dan susunan.

“Semoga usaha murni menjadi pembuka jalan untuk Jabatan Penerangan PAS terus menghasilkan pelbagai bahan untuk memenuhi keperluan parti dan masyarakat,” ujarnya ketika ditemui.