Home Muktamar PAS Ke 66 Keadilan Adalah Perintah Allah

Keadilan Adalah Perintah Allah

550
SHARE

 Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS

Usul dibuka dengan Surah An-Nisa’ ayat 135:
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu…

Marilah sama-sama kita insafi ayat ini. PAS Selangor mengajak kita semua untuk menyedari bahawa memberi keadilan adalah perintah Allah SWT dan merupakan satu ibadah. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menganiayai mereka yang bukan Islam yang tidak ekstrem (kafir zimmi), samalah seperti mereka menyakiti aku (Rasulullah SAW). Sesiapa yang menyakiti aku, samalah seperti mereka menyakiti Allah SWT. (HR At-Tabrani)

Mereka dimomokkan dengan satu mentaliti apabila PAS menegakkan ketuanan Islam dan UMNO sebagai parti komponen Muafakat Nasional (MN) memperjuangkan ketuanan Melayu, maka yang bukan Islam dan bukan Melayu akan diancam dan dizalimi. Biarkan mereka berkata apa sahaja, namun MN perlu terus berjalan dengan baik. Kita perlu membuktikan yang apabila Islam memimpin, ia tidak akan menzalimi orang bukan Islam.

Bercakap tentang memperkukuhkan DHPP sekaligus mempertautkan antara Islam dan bukan Islam, kegusaran kita ialah tidak ramai ahli kita yang serius hendak menjalinkan hubungan yang baik dengan orang bukan Islam. Jangan sampai orang kata kita ini cakap tidak serupa bikin!

YB Haji Shafie bin Ngah
Perwakilan Negeri Selangor