Home Muktamar PAS Ke 64 Manifesto – Jangan Berjanji Kalau Tak Mampu Tunaikan

Manifesto – Jangan Berjanji Kalau Tak Mampu Tunaikan

1440
SHARE

Oleh: Fiqri Zurani

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – PAS wajib melaksanakan manifesto dan jangan jadi seperti mereka yang hanya pandai menabur janji semata-mata.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan janji yang diberi kepada rakyat sebelum pilihan raya mestilah dilaksanakan sebaiknya.

“Kita wajib melaksanakan manifesto kita, janji yang berpijak di bumi yang nyata, dengan mendahulukan keutamaan dan kemampuan.

“Kita jangan jadi kalangan yang pandai menabur semua janji jika berkuasa, termasuk janji yang tidak mampu ditunaikan, semata-mata untuk memancing undi rakyat.

“Dalam masa yang sama, kita perlu membuat persediaan dengan memanfaatkan tenaga pakar dan teknokrat yang ada dalam PAS,” tegasnya.

Beliau turut menyatakan bahawasanya PAS sudah berjaya menyediakan cadangan polisi untuk menyelesaikan masalah negara biarpun PAS masih belum berkuasa memerintah negara; membuktikan PAS mampu berfikir secara ilmu dan pengalaman sebelum berkuasa memerintah.