Home Muktamar PAS Ke 66 Memperkasakan Dan Memperkukuhkan Parti PAS

Memperkasakan Dan Memperkukuhkan Parti PAS

497
SHARE

 Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS

Memperkasakan Dan Memperkukuhkan Parti PAS

PAS Pahang akan mengemukakan beberapa cadangan untuk memperkasakan dan memperkukuhkan parti PAS, Antaranya:

1. Ulama’ bukan hanya perlu menyebarkan ilmu tetapi mestilah turut melakukan islah dan tajdid. Kesedaran agama dan politik perlu ditanamkan kepada masyarakat.

Sehubungan dengan itu, Dewan Ulama’ perlu diperkasakan dan terus mengorak langkah dengan lebih proaktif.

2. PAS perlu bergerak dengan mengadakan kerjasama antara agensi agama dan juga kerajaan.

3. Peranan muslimat PAS mesti diperkasakan. Jangan hanya duduk dalam kepompong kita sahaja.

4. Pemuda perlu ada di setiap peringkat cawangan, belum cukup jika hanya aktif di peringkat kawasan. Justeru, tenaga Pemuda perlu diramaikan kerana kita bakal berdepan dengan pengundi muda pada PRU-15 dan PRU-16.

Hari ini, Sabah telah melakukan satu pengorbanan yang besar iaitu tidak bertanding demi mengutamakan agenda perpaduan. Diingatkan tugas memperkasa dan memperkukuhkan parti adalah tanggungjawab bersama seluruh ahli.

YB Ustaz Shahril Azman bin Abdul Halim
Perwakilan Negeri Pahang