Home Muktamar PAS Ke 64 Pusat Muktamar 2018; Penghormatan Kepada Terengganu, Kuala Nerus

Muktamar 2018; Penghormatan Kepada Terengganu, Kuala Nerus

1282
SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Ameerah Negeri menyifatkan Muktamar PAS Pusat dan Dewan-dewan yang diadakan di Negeri Terengganu ialah satu penghormatan kepada Terengganu dan juga Kuala Nerus.

Ketuanya, Hajah Zuraida Md Noor berkata, ianya merupakan satu ‘salam takzim’ kepada seluruh masyarakat dalam daerah terbabit yang mempunyai pelbagai fasiliti boleh dimanfaatkan, seperti stadium, hotel dan inap desa (homestay).

“Ameerah (negeri Terengganu) berperanan sebagai untuk unit bentara di muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dan Muktamar PAS Pusat,

“di antara tugas bentara ialah membentuk jawatankuasa kecil, menyedia anggaran perbelanjaan, menyediakan bentara, mengedar kertas –kertas muktamar sepanjang muktamar,

“mengedar borang dan mengutip derma dari perwakilan Muktamar, mengedar air mineral dan gula-gula untuk perwakilan dan melaksanakan arahan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dihubungi pada hari ini Isnin, 10 September.

Katanya, beliau berharap kepada semua perwakilan agar berpuas hati dengan kemudahan yang di sediakan dan mengambil peluang keemasan ini untuk melancong ke negeri Terengganu.

“(orang ramai) berpeluang mendengar perbahasan daripada (para) pimpinan (yang akan berucap),

“dan di samping itu banyak program diadakan sempena muktamar nanti,” ujarnya.

Justeru itu, Zuraida menyeru kepada orang ramai supaya hadir beramai-ramai ke Muktamar yang diadakan pada 13 sehinggalah 16 September yang diadakan di Negeri Terengganu selepas PAS berjaya memerintah negeri tersebut. – BuletinOnline