Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Muktamar Dalam Suasana Norma Baharu

Muktamar Dalam Suasana Norma Baharu

738
SHARE

Muktamar Dalam Suasana Norma Baharu

Oleh: Danisya Ismail

KUALA LUMPUR : Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang hadir dari seluruh negara ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-60 mencapai 70 peratus kehadiran setakat jam 6.20 petang tadi.

Berbeza dari tahun-tahun lalu, muktamar kali ini disambut dalam suasana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

Selari dengan usaha itu, seluruh petugas dan peserta muktamar tahun ini dikehendaki menjalanai ujian saringan kesihatan Covid-19 secara atas talian yang disediakan khas oleh Jabatan Muslimat Medical Team (MusMedik) DMPM.

Sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 juga, seluruh peserta yang tinggal di Zon Merah seperti di negeri Kedah dan Sabah terlebih dahulu dimaklumkan agar tidak hadir ke muktamar tahun ini, sebaliknya hanya menyertai acara tahunan itu secara dalam talian.

Suasana pendaftaran berlangsung meriah menyaksikan seluruh perwakilan dan pemerhati yang hadir dikawal rapi oleh petugas Briged Muslimat dan petugas Jabatan MusMedik yang menjalankan amanah seawal jam 1 petang hingga jam 6.30 petang tadi.

Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-60 tahun ini berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur bermula hari ini dan esok.