Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Muktamar Tanggungjawab Organisasi- Dr Nurul Hani

Muktamar Tanggungjawab Organisasi- Dr Nurul Hani

926
SHARE

Muktamar Tanggungjawab Organisasi- Dr Nurul Hani

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA LUMPUR: Muktamar merupakan tanggungjawab tahunan dalam organisasi bagi meneruskan muhasabah, menilai semula kekuatan dan kelemahan serta menyusun kembali gerak kerja supaya lebih tersusun.

Demikian pembuka ucapan alu-aluan Penyelaras Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-60, Dr Nurul Hani.

Dipetik dalam ucapan sama, Dr Nurul Hani berkata, muktamar kali ini diadakan dalam suasana semangat baru walaupun negara masih berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19.

“Muktamar DMPM kali ini berlangsung dalam suasana semangat baru kerana PAS kini adalah sebahagian kerajaan dan juga dalam suasana norma baharu kerana negara masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sehingga Disember nanti.

“Pihak penganjur akan sedaya upaya memastikan perjalanan muktamar diadakan mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Mengulas lanjut suasana muktamar norma baharu, beliau berkata, perwakilan dari Sabah, Sarawak dan Kedah mengikutinya secara dalam talian sahaja.

Beliau meluahkan rasa terharu dengan keputusan saat akhir para perwakilan dari Kedah yang terpaksa mengikuti muktamar secara atas talian.

“Terima kasih tidak terhingga kepada para perwakilan negeri Kedah kerana sangat berjiwa besar kerana di saat akhir sanggup berkorban untuk mengikuti muktamar atas talian walaupun telah mengeluarkan belanja yang cukup besar untuk hadir,” ulasnya.

Meneruskan ucapan, Dr Nurul Hani berkata DMPM kini sudah sampai di tahap kematangan yang boleh dibanggakan.

Justeru, katanya, muslimat harus berusaha menjadi sayap kanan parti dan mampu meningkatkan keahlian terutama dari golongan muda.