Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Muslimat PAS Sendi Pembentukan Keluarga Mawaddah

Muslimat PAS Sendi Pembentukan Keluarga Mawaddah

2239
SHARE

Muslimat PAS Sendi Pembentukan Keluarga Mawaddah

Oleh: Nadiah Saari

KUANTAN, 15 Jun – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Kali Ke-59 kali ini telah mengetengahkan salah satu isu berkenaan dengan pembentukan keluarga bahagia bagi melahirkan kehidupan yang lestari.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah menyatakan dalam ucaptamanya bahawa kekuatan sesebuah keluarga bukan semata datang daripada kerja keras semata, tetapi ia datang daripada ketakwaan kepada Allah di samping kemahiran dalam pengurusan keluarga.

“Keluarga yang dipasakkan pada akar Islam akan tumbuh subur dan membuahkan hasil yang baik dan menyumbang kepada kesejahteraan hutan secara keseluruhannya,” tambah beliau.

Sehubungan dengan itu, satu lajnah di bawah Dewan Muslimat PAS iaitu Lajnah Pembangunan Keluarga dan Wanita telah ditubuhkan bagi menjadi penasihat kepada keluarga yang memerlukan nasihat pakar dalam kekeluargaan.

“MUSLET menghimpunkan tenaga pakar sebagai rujukan kepada kepimpinan supaya idea dan peluang untuk menyuarakan penambahbaikan polisi, perlindungan dan dasar institusi keluarga di negara kita selari dengan ajaran Islam.

“DMPM berhasrat menjalinkan hubungan rapat dengan semua rangkaian NGO Wanita bagi memasyarakatkan PAS dengan menampilkan Islam yang sejahtera.

Lajnah Hubungan NGO DMPM yang baru berusia setahun jagung akan diperkasakan dan diberikan peluang yang lebih luas untuk menjalinkan hubungan dengan pelbagai komuniti masyarakat dengan menawarkan reka-bentuk program yang lebih kreatif dan menarik,” kata beliau dalam ucaptama tersebut.

Beliau menambah, wanita merupakan golongan yang mempunyai kuasa beli yang tinggi di negara kita. Jadi, aspek kajian halal haram dalam jual beli perlu dipertingkatkan lagi menerusi Lajnah Pengguna dan Lajnah Alam Sekitar bagi memastikan keperluan yang dibeli itu diyakini penggunaannya.