Home Muktamar PAS ke 67 Dewan Muslimat Muslimat perkasa tarbiyah menerusi AKIFI

Muslimat perkasa tarbiyah menerusi AKIFI

184
SHARE

Oleh: RABIATUL

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Dewan Muslimat PAS Malaysian(DMPM) terus melangkah dengan azam memperkasa kefahaman muslimat dalam penguasaan secara menyeluruh sebagai ahli sebuah parti politik Islam dan gerakan Islam.

Yb Senator Nuridah dalam ucapannya menekankan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan DMPM telah menyediakan pelan tindakan strategik untuk menjadi rujukan setiap perancangan dan bertujuan menyelaraskan semua gerak kerja di setiap peringkat.

Tambah beliau, ahli gerakan PAS perlu mengikat diri dengan agenda pentarbiyahan bermula dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi khususnya usrah.

“Lajnah Tarbiah dan Perkaderan telah menyediakan satu modul J12K (jentera 12 ribu) bagi melahirkan petugas yang memiliki sifat AKIFI (Alim, Sufi dan Haraki). Sejauh mana tenaga muslimat memposisikan diri dalam agenda J12K ini?”, ujar YB Senator Nuridah dalam ucaptemanya semalam.

Selain itu, beliau berkeyakinan, sekiranya produk yang telah dibangunkan ini benar-benar dimanfaatkan dengan sebaiknya, ia mampu memberikan satu anjakan paradigma dalam budaya berfikir dan lonjakan yang lebih jauh dalam budaya bekerja muslimat khususnya.